Apakah Pakej Maintenance?
Pakej maintenance diwujudkan setelah pihak kami mendapat banyak pertanyaan tentang servis penyelenggaraan dan update sekiranya ada. Setelah membuat kajian yang teliti dan memikirkan beberapa perkara dari segi kos dan kontrak. Maka hari ini, kami dengan rasminya melancarkan pakej yang istimewa ini.
Tujuan kewujudan pakej ini adalah untuk membantu para usahawan dan juga pengusaha kecil yang mempunyai modal kecil agar mampu berdaya saing di peringkat nasional dan global. Di samping menyahut seruan kerajaan, kami juga ingin mengembangkan sektor perniagaan di atas talian yang kini semakin dikenali dan mendapat sambutan di Malaysia amnya dan di dunia khususnya.
Apa servis yang kami SEDIAkan dalam pakej ini?
1. Mengedit, menyemak, mengemaskini atau mencipta kandungan baru teks di muka surat yang sedia ada yang berdasarkan permintaan "Pelanggan".
2. Perundingan dan panduan tentang penggunaan laman web.
3. Melakukan full backup laman web melalui tempoh kontrak ini. File Backup ini akan diserahkan sepenuhnya kepada pelanggan setelah tamatnya kontrak ini.
4. Membantu dalam mewujudkan bahan-bahan pemasaran seperti custom e-mel atau iklan banner dan juga pengiklanan di direktori iklan. Bahan pemasaran mestilah berdasarkan reka bentuk laman semasa sahaja; reka bentuk baru tidak termasuk dalam kontrak ini.
Apa servis yang kami TIDAK SEDIAkan dalam pakej ini?
1. Merekabentuk semula laman web, penjajaran semula atau pembangunan semula2. Perkhidmatan pengoptimuman enjin carian
3. Reka bentuk CMS atau integrasi termasuk tetapi tidak terhad kepada blog, shopping cart dan forum web. Ini memerlukan satu perjanjian design yang berasingan.
Berapakah kos untuk pakej ini?
Setakat ini kami hanya menyediakan 3 pakej maintenance sahaja:-Pakej Maintenance Lite:- RM50 , 2 jam sebulan
Pakej Maintenance Gold:- RM100, 4 jam sebulan
Pakej Maintenance Flexi:- perlukan rundingan.
*Setiap pakej minimum kontrak adalah setahunSekiranya anda berminat mendapatkan pakej ini, anda bolehlah menghubungi Tabir Khaizuran secara terus untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan perjanjian dan perkhidmatan. Terima Kasih.
Tabir Khaizuran
CEO TempahBlog.com
Sales & Marketing
0162920498
tabirkhaizuran@gmail.com






