Bagaimana nak upload Prestashop dari localhost ke server?



Hari ini Tempah Blog akan berkongsi dengan anda bagaimana nak upload Prestashop yang sudah diedit dan diubahsuai di localhost laptop/pc ke live server/hosting. Upload secara manual ini agak memakan masa dan pasti ada error yang berlaku untuk mereka yang baru belajar. Maka, bersiap sedialah dengan segala cabarannya.

Sekiranya anda tidak berani untuk melakukannya, biarlah kami yang pakar melakukankannya. Klik Hubungi Kami untuk mendapatkan bantuan.

Antara perkara utama untuk proses upload Prestashop ini ialah:

Anda memerlukan FTP client.
Contoh FTP client seperti FileZilla, Core FTP, SmartFTP etc. Download FTP client dan install di komputer anda. Tutorial ini saya gunakan FileZilla Client. Bukan Filezilla Server! Berbuih dah mulut bagitau.

Pastikan anda mendapatkan maklumat seperti FTP hostname, username dan password dari provider hosting sebaik membeli hosting dari mereka. Jika tiada email di inbox, sila semak di folder Spam.

hostname: nama host atau ip address iaitu FTP server untuk ruang hosting
username: akaun identifier hosting anda
password: untuk memastikan keselamatan data

Filezilla Interface


Buka Filezilla setelah siap install. Kemudian buka Site Manager tool.

Ada 3 cara untuk buka Site Manager tool. 

Boleh pilih mana suka:-
i.    Tekan Ctrl+S.
ii.   Klik ikon  "Open the Site Manager", di bahagian atas sebelah kiri.
iii.  Buka "File" menu, pilih "Site Manager"


Site Manager

Untuk menambah ruang hosting di Site Manager:-


  1. Klik butang  "New Site". Satu entri baru akan dicipta di dalam site list. Berikan nama seperti yang anda senang ingat.
  2. Di sebelah kanan, di tab "General", masukkan detail yang diberikan oleh hosting provider anda :host, user, dan password.
  3. Dah siap isi, klik butang "Connect". Anda akan log masuk ke akaun ftp dan menyimpan maklumat connection ini secara serentak.

Upload file anda ke ruang hosting

Tiba masanya untuk anda memindahkan file-file Prestashop yang terdapat di www/root folder anda di localhost ke server.

Di Filezilla, browse local folders anda sehingga anda jumpa file Prestashop yang anda inginkan. Biarkan ia terbuka.

Di bahagian "Remote site" (sebelah kanan), browse lokasi di mana anda ingin Prestashop dilihat secara terus (root, sub-folder, sub-domain...). Ianya membawa perubahan yang besar, bergantung kepada host anda dan keperluan anda:

Host Anda
  • Sesetengah host memerlukan anda meletakkan file di lokasi-lokasi folder tertentu seperti  /htdocs, /public_html, /web, /www, /domainnameanda.com, etc.
  • Ada juga  FTP server host yang akan secara automatik logkan ada terus ke ruang upload yang sesuai. Jika anda mahu kedai anda berada di laman utama website untuk nama domain anda(i.e., http://www.myprestashop.com), upload PrestaShop di root folder ruangan upload (di mana ia bergantung kepada host).
Keperluan anda:
  • Sekiranya, anda inginkan prestashop/kedai anda berada di halaman utama website untuk domain anda (i.e., http://www.myprestashop.com), upload PrestaShop di root folder di ruangan upload (bergantung kepada host).
  • Sekiranya anda mahukan kedai anda di sub-folder di dalam domain name (http://www.mywebsite.com/shop), anda perlu mencipta terlebih  satu folder untuk tujuan itu melalui FileZilla (right-click dan pilih "Create directory"), kemudian upload PrestaShop di dalam folder tersebut.
  • Sekiranya anda mahukan kedai anda di dalam sub-domain (http://shop.mywebsite.com), anda perlu terlebih dahulu mencipta sub-domain yang diinginkan. Bergantung kepada host anda: mungkin anda dengan mudah hanya tambah folder baru dengan menggunakan FTP Client, atau anda boleh mencipta sub-domain melalui CPanel. Sila baca dengan teliti support documentation hosting anda terlebih dahulu. Setelah mencipta sub-domain tersebut, browse folder sub-domain tersebut dan upload Prestashop di situ



Baiklah, di sebelah kiri FileZilla, anda sepatutnya mempunyai local folder di mana anda uncompress file-file Prestashop, manakala di sebelah  kanan adala lokasi destinasi untuk anda upload file.

Pilih semua files dan folders dari local folder(tak perlu klik satu-satu, guna CTRL+A) dan drag & drop semua tu ke remoter server atau right-click yang telah dipilih dan pilih "Upload". Tunggulah sampai selesai. OK?

Fuh, berpeluh kau! Sampai naik kebas tangan den menaip. So far, macam mana? Blur lagi? Kekeke. Biasa bro! Lama-lama nanti pro la tu. Ini guna GUI, kacang goreng!

Anda bukan saja boleh upload Prestashop dengan cara ini malah boleh juga upload Joomla, Drupal, OpenCart, Zen Cart dan apa-apa lagi yang anda inginkan ke server. Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan tinggalkan di ruangan komen di bawah. ZaSSSss. Wassalam.


sumber gambar: Prestashop.

Do you like this post? Please link back to this article by copying one of the codes below.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:
Dah baca? Jangan lupa tinggalkan komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe to our regular Email Updates!

Follow us!

feedburner logo twitter logo faceboo logo Google+ Logo